
Program Infaq Kurma
Lebih setahun penularan pandemik Covid-19 melanda dunia dan tiada
siapa dapat menjangkakan bahawa ia akan meninggalkan kesan yang besar terhadap
landskap ekonomi negara. Pelbagai lapisan masyarakat yang terjejas dari segi
pendapatan dan kos sara hidup yang tinggi. Tidak lupa juga, ada yang
hilang sumber pendapatan, diberhentikan kerja dan potongan gaji yang memberi
kesan yang kurang baik pada emosi seseorang.
Program Infaq Kurma yang dianjurkan oleh Qalam Travel merupakan satu inisiatif kepada mereka yang ingin membelanjakan harta bagi membantu golongan - golongan yang memerlukan terutamanya orang yang dalam kesusahan.
"Tangan Yang Memberi Lebih Baik daripada Tangan Yang Menerima"
Terdapat enam jenis pilihan Infaq Kurma Ajwa Aliah
yang kami sediakan untuk program Infaq Ramadhan iaitu
1. Kurma Ajwa Aliah Tuaian Baru /Jumbo 250g berharga RM 40
2. Kurma Ajwa Aliah Tuaian Baru /Jumbo 500g berharga RM 60
3. Kurma Ajwa Aliah Tuaian Baru /Jumbo 1kg berharga RM 120
4. Kurma Ajwa Aliah Tuaian Baru /Jumbo 10kg berharga RM 1000
5. Kurma Ajwa Aliah Tuaian Baru /Jumbo 20kg berharga RM 1800
Antara target agihan yang pihak Qalam Travel akan fokuskan ialah:
1. Frontliners - kesihatan : jururawat, doktor & kakitangan hospital, keselamatan : askar, polis, bomba, RELA, JPAM dan lain-lain, servis - penghantar makanan/barangan, pemandu teksi & bas.
2. Pendidikan - guru tadika, sekolah & universiti.
3. Madrasah tahfiz, pusat jagaan/kebajikan anak yatim/kurang upaya/warga emas.
4. Golongan B40, asnaf, fakir miskin, gelandangan atau yang betul tiada kemampuan untuk membeli makanan.
Kami dengan rendah diri mengajak anda untuk turut serta menyumbang dalam Program Infaq Kurma ini. Inilah adalah masanya untuk kita berlumba-lumba menambahkan amal ibadat demi merebut ganjaran pahala yang berganda-ganda untuk bekalan di akhirat kelak. Semoga Allah memberkati usaha kita lakukan ini Insya-Allah. Terima kasih kepada semua penyumbang semoga segala budi baik kalian Allah membalasnya dan jangan lupa doakan kami di Qalam Travel Sdn Bhd.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak kami di talian 03-5886 0854 atau boleh tekan di link whatsapp yang berikut sila tekan disini